Thursday 12 May 2011

Makanan untuk ibu mengandung

"Fast Food" sihat lagi menyihatkan! Its true!
1- Buah-buahan - Makanlah epal, pir, oren atau buah-buahan lain. Kalau rasa tak boleh telan, minum jusnya. Aku suka makan jambu. Sebab jambu yang dijual area office aku ni, lepas dipotong, jambu akan direndam dalam ketulan ais. Kalau beli, baru die ambil dr bekas ais dan masuk dalam plastik. Sejuk je *-* Buah-buahan banyak bantu dalam penghadaman kita, terutama masalah sembelit atau sukar buang air besar semasa mengandung.
2- Kismis - Sekotak kecil kismis membekalkan fiber, iron dan potassium kepada badan kita. Selain kurma, Kismis pon elok diamalkan setiap hari. Jangan study time je ingat nak makan kismis *-*
3- Yogurt - secawan 6-ounce dapat membekalkan 25% keperluan kalsium harian kita, selain turut membekalkan protein dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
4- Trail mix - Buat sendiri je. ini semudah campak-campak je. Tambah secawan bijirin dengan segenggam buah-buahan kering dan kekacang seperti almonds, kemudian simpan dalam bekas snek kita, letak kat meja office atau dalam kete. Apabila rasa nak kunyah, kan senang.
5- Salad Bar - ni kite boleh jumpa kat Pizza Hut. Dekatkan diri dengan salad bar, ambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayuran hijau adalah salah satu makanan yang baik diambil semasa tempoh mengandung.
6- Baby carrots - Baby carrots ni kire carrot yang tak matang lagilah. Kalau tak jumpa, makan jelah carrot dah matang tu ha. Lobak, pembekal vitamin A dan fiber. Goreng lobak dengan brocoli, kobis bunga, dan anak jagung, pergh! best kan?
7- Jus oren - selain memakan buahnya, boleh gak buat jus kerana keperluan citamin C kita boleh dipenuhi dengan hanya meminum setengah cawan jus orange! Bukan susah pon.

0 comments:

Post a Comment