Thursday 28 April 2011

Kisah Sang Suami yang Penyayang

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

****kisah ini membuatkan air mata aku mengalir...huhuhuu

7 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak-Jauh

Pada blog post kali ini, saya ingin berkongsi salah-satu ‘dilema’ yang mungkin anda atau pernah anda dengar rakan-rakan anda lalui. Ianya berkaitan dengan hubungan perkahwinan jarak-jauh.
Kalau percintaan jarak-jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak-jauh pun ada juga berlaku. Perkara ini boleh terjadi samada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Ataupun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Ataupun yang disebaliknya.
Walaupun benua yang memisahkan mereka, tetapi perasaan cinta dan kekuatan jodoh tidak mampu memisahkan hati mereka. Cewah, macam berpuisi la pulak kan ;-)
Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerena tuntutan kerjaya.
Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-
  • TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.
  • TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.
  • TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.
  • TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.
  • TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.
  • TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.
  • TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.
Itulah dia beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi menjaga hubungan perkahwinan jarak-jauh.
Sebenarnya dengan adanya pelbagai teknologi masakini seperti Facebook, email, chatting, anda mampu mengekalkan hubungan perkahwinan anda berdua walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi adalah sangat dinasihatkan agar anda cubalah juga cari jalan bagaimana anda boleh tinggal sebumbung.

Kenali Corak Pergerakan Bayi

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang.

Trimester Pertama
Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.

Trimester Kedua
Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot.
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik.
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi.
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi.

Trimester Ketiga
Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.
Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya.
Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda.

Pergerakan Di Akhir Kehamilan
Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.

Pergerakan Pertama
Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.
Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi).

Carta Tendangan
Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Lamanye....

Lamanye aku xmencoret2 dalam blog yg ntah ape2 ni...byk benda yg nk dikongsi tp aku tersgtla MALAS!! huhhu skang ni usia zuriat aku n suami dh 17 minggu...dh hampir 5bulan...alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH atas kurniaan yg xternilai ni...doa aku n suami dimakbulkanNYA setelah hampir setaun menunggu...
Terasa diri ini terlalu istimewa bila ade insan lain dalam rahim aku ni...mmg rs lainla...xreti nk cite mcm mn..hanya yg melaluinye yg fhm...hehehhe kpd kwn2 yg masih belum ade rezeki aku sentiasa doakan agar kwn2 sume dimurahkan rezeki..amin.

3 bulan pertama mengandung mmg rs mcm aku ni xde life...baru tau mcm mn sshnye mak mengandungkn aku...huhuhu makan xlalu...pening tahap gile sampai nangis2 bile aku call suami aku...dhla sidia jauh...huhuhu mmg dugaan betul...betulla kata org saat2 mengandung ni lebih2 anak 1st kalo bleh biarla suami dekat ngan kite...sbb kite rs sgt sensitif..rs mcm sorg2 je kt dunia ni..cepat sgt terasa...tp mujurla sang suami amat memahami aku...dia xpenah mrh aku wlwpun aku kdg2 hangin xbertempat...moody je...

Masuk 2nd trimester alhamdulillah morning sickness aku dh makin berkurang...dh xde rs nk muntah pening lg.. Aku bertambah bertenaga utk g blk keje cumaaaa...ttiba tgn n kaki aku naik bintik kecik2 then gatal yang amat..samp mlm2 xleh tido.. Abis berparut aku garu...then g klinik doc yg xbertauliah psl pregnant ni dia ckp aku kene KUDIS BUTA atau nama yg lebih sedapnye scabies...huh sgt tidak logik... 1st time aku dgr penyakit tu...doc tu ckp penyakit tu bawaan sejenis kutu yg ade 6kaki..actually ade 8kaki bile aku search kt tenet...huh berjangkit dan sgt ssh nk hilang.. So dia suh aku rebus pakaian yg aku pki dgn cadar sume...dh mcm sakit A**S je...nauzubillah... Aku sgt pelik bin ajaib dr mnla aku dpt penyakit ni... Jenuhla aku cr kt tenet info psl ni... ubat yg doc bg tu xjln pun...makin gatal adela samp nangis2 xleh tido...huhuhu nangis lg... ;) 

Then aku xpuas hati aku pun  gla jumpa doc yg bertauliah dlm pregnancy ni iaitu doc Raofah pakar kt ar ridzuan..(insyaALLAH doc ni jgk yg akan sambut anak aku nnt...amin).. Dia ckp gatal2 ms mengandung ni mmg biasa terjadi sbb perubahan hormon dalam badan...dan jgk sbb darah kotor kite xkuar... Mmg slalooo terjadi ms 2nd trimester ni.. Fuhhhh LEGAnye aku ya ALLAH...sblm ni riso sgt2 bile fkrkn penyakit kudis buta yg menakutkan tu... Hampeh tul doc xbertauliah tu... Sian mak aku mcm2 daun dia buatkn utk aku sapu kt gatal2 tu sbb risokan aku yg kene kudis buta... Sanggup bangun pkl4 pg semata2 nk tumbukkan daun bile tgk aku xtido2 sbb asyik menggaru... Thanks MAK sbb ambil berat sgt2 pd anakmu ni...doc raofah bg aku ubat utk buangkan toksid n sembelit.. Alhamdulillah gatal2 tu beransur kurang dan skang ni hanya tinggal parut akibat garu je...huhuhu bykkn dugaan org mengandung ni... Pdnla ALLAH letakkan syurga di bwh telapak kaki ibu....baru aku tau....hurmmmm

Harap2 lps ni aku semakin sihat dan tabah menghadapi setiap dugaan yg dtg ms mengandung ni...another 5months to go...ibu xsbr nk tggu kelahiran anak ibu ni.... moga menjadi anak yg soleh dan solehah yg mampu mendoakan ibu n abah andai kami telah pergi nnt...amin...
                                          preggy time 15 minggu


                 suamiku dgn irsyad - anak buah kesygan pak wan hehehe

                                                  mak yang tercinta